Thursday 25 September 2014

char kuey teow penang maliiiii !!!

heyyy youuu.. jom kite perkena char kuey teow specialicious giteww.. kahkah *tgn dibahu mata di atas* tetiba rase nak post pasal char kuey teow sebab dulu time stdy kat penang selalu makann erghhh how i misss dat moment :'(  *hahaha tetiba emo xD..pffft* jom la sini iolss nak kongsi resipi dye yang conpem meletopss n menjilat ibu jari kaki hahahaha yuckssss *ok hmm merapu lagi* .. ok cukup jom kite bersantai di dapur suelicious n sharing resipi ni. sharing is caring . xgituu mak jemah?..kikiki

haaa ni raw materials okeyh..jgn mkn yg ni pulak.. masak dulu tau..haha. tapi xsemua bahan-bahan dimasukkan dalam gmbr ini so jom kite review ingredient dye di bawah ok!


* UTK PASTE *

200 gm udang n kerang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE-
1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

tadaaa..hehe tempting gila tgok gambar ni kan..uishh lapar2 T.T.. udang tu nampak mcm idup pulak..kahkah.. lps siap boley la tabur segala macam ats tu ye sebagai perhiasan.. jgn tabur bunga suda nk buat perhiasan..huhu


p/s: haaa senang je kan?? jom ler kita mencuba.. xtry xtahu.. dah try haaa ary2 makan smpai jemu..kahkah.. ok bubyee

Wednesday 24 September 2014

cheese cake here i coming babehhh!!

hehehehe memandangkan aku seorang pengemar makanan tapi xsuka benda manissss tau.. ihatedat T.T .. sini saya ingin kongsikan kek keju tangkap leleh beb katakoo. xsuka kek coklat.. hanya KEK KEJU OKEYHHH
 malas nak merepek banyak2 sebab takot xde org baca..(argh sadisss!!) 
nak nages aq tengok gambar kek ni..uwaaa t.t (dye punye leleh tu memang urmphh)
Bahan2 :
200gram cream cheese tak kisah guna TATURA CHEESE/PHILADHEPIA CHEESE
300ml susu segar@susu cair
100gram mentega @ marjerin
100gram tepung gandum
100gram gual halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon (x bubuh pun xper)

cara2nya :

1. masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
2.asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
4. akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
5. masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
6. bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
8. biarkan kek didalam loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... .
9. simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.

Resepi cream 
250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair

untuk hiasan :
1 buku (250gram) cheddar cheese, diparut

cara penyediaan :
1. kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
2.paruttkan cheddar cheese diatas kek.

ps; ni saya amek dari blog org lain jugak tau hehe

PENCEMARAN SEMAKIN BERLELUASAAAAAA

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda- benda atau bahan- bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan tergangunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa:
“ pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat- sifat fizik, kimia , biologi atau aras- aras radiasi mana- mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan- kegunaan  berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam  atau organisma- organisma lain, tumbuhan dan haiwan.”
Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam.  Terdapat beberapa jenis pencemaran antaranya adalah pencemaran bau, pencemaran udara dan juga pencemaran pembuangan sampah sarap yang amat menjijikan.


            Kemerosotan alam sekitar secara global telah mempengaruhi kehidupan berjuta- juta penghuni di bumi ini. Semua perubahan utama dalam keadaan fizikal bumi seprti hakisan tanah, hutan yang semakin berkurangan, gurun yang semakin meluas, hujan asid, penipisan lapisan ozon serta pencemaran udara dan laut mendatangkan kesan negatif ke atas kehidupan orang ramai. Maka isu alam sekitar haruslah diberi prioriti tertinggi sebab ia adalah satu soal kehidupan terus menerus manusia.

dis is my or actually sdn. bhd critical report ok. ;) do look

HERE WE GO DIS IS MAA CRITICAL REPORT OKEYH DEAR FOLOWER . POST GAMBAQ SHIKETTT HAHAHA -->

Today, I had completed my third assignment which is forum for English communication subject (GEC 1033) that was examined by Puan Fadzlon bt Mohd Thani. From the forum I had done, there was a lot of skill I had being learned. First of all, Madam Fadzlon which is our English teacher was distributed four different topic of forum for five groups. So, only one group must take the same issue which is environmental friendly. For my group, we had decided to choose Marriage Is Not Advisable for College Student as our topic for forum as all of we think that it was the easier issue from the others.

On the next day, we were discuss and divided a different role to each person. I had being pointed to become a first panel as a married student from University Sains Malaya which was  given honored as a top student while Hazirah as a second panel, Puteri as a third panel and Asyikin as our moderator. I was shocked for a while because I did not have any experience as a married couple. It seems difficult for us to find the main points but we consider it as a challenge to complete it.  So I started to search any material and information as much as I can on internet.

After all of us had complete searched the main points and notes, we read it first and started to drafting our script. Before that, we need to prepare a graphic organizer based on our points. We try to memorize the script even though it was quite hard but we need to get the best out of result for our forum. After complete the memorizing session, all of we gathered to do a rehearsal before present it in front of the class. It was a bit problem because the timing does not suit well with our short forum but we decided to extend it on the real forum. We give out the best for our forum and act as a real panelist.
                                 



yuhuuuuu CONTOH REFLEKSI here peeps

 haaaa adakah anda mencari-cari contoh refleksi??? mohla melawat ke blog kiterr.. hihhiii ;) di sini saya kongsikan sedikit info melalui esemen yg sy udah buat yerr  tawan2 semua  
Tp refleksi yang saya buat tu tidak berkaitan sama sekali dengan gambar di atas kikiki HERE WEE GOOO --> Apa itu refleksi?  Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100–101).

Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesa, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan –cadangan bagi mencari jalan keluar.

Secara ringkasnya, refleksi  ialah satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku, menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya memberi pendapat apa yang perlu dilakukan. Refleksi merupakan langkah penting bagi semua dalam memastikan penulis meluahkan pengalaman secara kritis dan kreatif sepanjang melakukan tugasan yang diberi.

Bersyukur saya ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan Kemahiran Belajar pada kali ini dengan jayanya. Banyak kelemahan dan kekurangan yang dapat saya atasi melalui tugasan ini. Tidak kurang juga masalah yang timbul sepanjang proses penyiapan kerja kursus pada kali ini. Tugasan kerja kursus ini diberikan secara individu dan hendaklah  disempurnakan dan dihantar pada 5 September 2014 dan dikhendaki untuk  menyiapkannya dalam tempoh masa satu bulan lebih dari tarikh mula iaitu pada 4 Ogos 2014.Tugasan ini pada mulanya diberikan melalui email oleh pensyarah kami bagi mengelakkan pembaziran kertas. Puan Azizah selaku pensyarah Kemahiran Belajar kami kemudiannya telah memberi penerangan tentang serba sedikit apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dalam kerja kursus ini. 
Penerangan secara teliti dan padat dari Puan Azizah sedikit sebanyak telah banyak membantu saya.Terdapat tugasan yang perlu dilakukan secara individu dan juga berkumpulan. Saya telah diberikan tugas yang merangkumi tiga bahagian. Tugasan pertama merupakan secara berkumpulan kemudian diikuti dengan tugasan secara individu dan tugasan terakhir adalah kuiz. Untuk tugasan pertama, saya telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan saya mempunyai tiga orang ahli dan terdiri daripada rakan sekelas saya sendiri iaitu Nik Husniah Binti Nik Husin dan juga Nor Azimah Binti Akharuddin. Dalam tugasan berkumpulan, kami dikhendaki untuk membuat slide master menggunakan Power Point daripada hasil pembentangan kami yang bertajuk Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer. Kami telah membahagikan tugasan secara adil dan bagi mempercepatkan lagi proses penyiapannya.

Pada mulanya kami semua agak kebingungan memikirkan bagaimana cara untuk membuat Slide Master pada awalnya. Namun segala kekusutan kami ini telah dirungkaikan oleh pensyarah Kemahiran Belajar kesayangan kami iaitu Puan Azizah. Beliau telah mengajar kami satu persatu bagaimana cara untuk membuat Slide Master menerusi Power Point. Menurutnya, Slide Master digunakan bagi kebanyakan laman web atau portal-portal yang banyak kita lihat di Internet. Segala langkah yang diajar oleh Puan Azizah telah membuka mata kami tentang arus kemodenan yang semakin membangun dan kami sebagai generasi muda hendaklah menggunakan segala kemudahan di Internet sebaik mungkin.Adalah menjadi suatu kebiasaan bagi semua orang menghadapi masalah dan cabaran apabila menyiapkan sesuatu tugasan dan hal ini tidak terkecuali bagi saya juga. Lebih-lebih lagi apabila tugasan Kemahiran Belajar ini diberi serentak bersama tugasan dari subjek-subjek yang lain. Ini amat menyukarkan bagi saya untuk membahagikan masa mengikut tugasan. Saya juga berasa agak tertekan kerana merasakan ianya sukar untuk menyiapkan semua tugasan dalam masa yang ditetapkan.Lebih-lebih lagi, Puan Azizah inginkan isi  yang padat dan berilmiah  dimuatkan dalam Power Point kami dan bukannya hanya bergantung kepada buku teks Kemahiran Belajar semata-mata. Hal ini bagi memudahkan penerangan kepada rakan kelas sewaktu pembentangan nanti. 
Oleh itu, saya bertungkus lumus mencari sumber ilmiah berkaitan tajuk yang diberi. Selain itu, banyak blog dan laman web yang telah saya kaji dan analisis bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan padat bagi memenuhi kriteria yang diperlukan.Di sini saya bersyukur kerana telah banyak mempelajari dan memahami secara mendalam tajuk saya iaitu Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer berdasarkan maklumat yang telah saya kaji dan analisis. Setelah Slide Master ini siap, kami dikehendaki untuk mempersembahkan di hadapan kelas. Di sini, saya telah melihat berbagai-bagai jenis bentuk dan lakaran grafik yang kreatif hasil sentuhan daripada rakan-rakan yang lain. Saya juga dapat menimba ilmu dari rakan-rakan menggunakan kepakaran kreatif mereka. Kerjasama dalam membentangkan Slide Master ini juga dititikberatkan bagi menghasilkan persembahan yang menarik dan menyeronokkan.Setelah menyiapkan tugasan pertama iaitu Slide Master, setiap orang dikehendaki menghasilkan blog bagi tugasan individu. Blog ini hendaklah dibuat berdasarkan gaya kreativiti masing-masing tetapi hendaklah diselitkan bahan-bahan ilmiah yang berlandaskan dunia pendidikan. Secara jujurnya saya rasakan tugasan ini juga amat sukar kerana saya langsung tiada pengalaman dalam  menghasilkan blog serta menghiasnya  dan lebih-lebih lagi ini merupakan kerja individu. Saya juga jarang membaca blog-blog orang lain sebelum ini dan hanya merujuk blog apabila ingin mencari maklumat dan bila perlu sahaja. Saya tidak pernah melihat bagaimana seseorang itu menghias blog tetapi ada juga kemusykilan apabila membuka blog seseorang dan ianya kadang-kadang mengeluarkan lagu ataupun grafik-grafik yang bergerak. Secara jujurnya ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan blog dan menghias blog secantik mungkin.Sebelum itu, saya telah diberi pendedahan dan diajar bagaimana cara untuk membuat dan mencari templat-templat yang cantik untuk dijadikan latar belakang blog saya daripada Puan Azizah. Beliau juga banyak memberi ilmu dalam menghias blog dan meletakkan widget-widget yang cantik di blog. Hal ini sedikit sebanyak membantu saya untuk memulakan tugasan saya. Namun seperti biasa pasti ada masalah yang timbul. Oleh itu, saya telah meminta belas ihsan kawan sekelas saya iaitu Samiha untuk membantu dan memberi bimbingan sepenuhnya.           
 Banyak ilmu yang dapat saya cedok daripada kawan saya memandangkan dia merupakan penulis blog sejak di tingkatan dua sehingga sekarang. Samiha bukan sahaja mengajar asas untuk membuat blog bahkan mengajar bagaimana untuk mengedit sendiri latar belakang dan tajuk blog yang tidak pernah saya fikirkan. Kemahiran yang telah diturunkan kepada saya  dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya telah memilih tema warna hijau dan pink sebagai latar belakang blog saya. Dan link blog saya ialah suelicious95.blogspot.com. Secara jujurnya saya tidak tahu untuk meletakkan nama apa dan nama ini sebenarnya dicedok dari kebanyakan blog yang saya jumpa dan saya juga tidak mengetahui apa maksud suelicious tersebut.           
 Bagi tajuk blog saya pula, saya telah menamakannya suelicious95 dengan ukiran yang begitu kreatif dan menarik hasil sentuhan kawan saya. Saya memakan masa yang agak lama dalam menyiapkan tajuk dan latar belakang blog terbabit kerana kekangan masa untuk menyiapkan kerja kursus subjek lain juga. Setelah blog ini dihasilkan, saya mula mencari sumber-sumber ilmiah di internet untuk dipamerkan di blog saya. Puan Azizah ingin melihat sekurang-kurangnya lima post di blog yang berdasarkan ilmiah.Meskipun pengalaman pertama kali membuat blog memerlukan tahap kesabaran yang tinggi namun berkat sokongan, tunjuk ajar dan bantuan daripada pensyarah dan juga kawan-kawan dapat juga saya menghasilkan blog yang menarik seperti kebanyakan blog kawan saya.

Setelah saya dengan jayanya menghasilkan blog yang menarik. Puan Azizah menyuruh kami membuat refleksi mengenai pengalaman suka duka sama ada yang positif mahupun negatif sepanjang penghasilan kerja kursus ini.Kesimpulannya, pelbagai cabaran dan masalah saya tempuhi dalam proses menyempurnakan tugasan yang diberi dan semuanya dapat saya atasi dan jadikan ia sebagai suatu pengajaran dan juga pengalaman bermakna terutamanya dalam proses penghasilan blog yang tidak pernah terfikir dek akal untuk membuatnya sebelum ini. Pengalaman ini juga mengajar saya untuk bersikap sabar dengan lebih tinggi.