Wednesday 24 September 2014

PENCEMARAN SEMAKIN BERLELUASAAAAAA

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda- benda atau bahan- bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan tergangunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa:
“ pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat- sifat fizik, kimia , biologi atau aras- aras radiasi mana- mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan- kegunaan  berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam  atau organisma- organisma lain, tumbuhan dan haiwan.”
Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam.  Terdapat beberapa jenis pencemaran antaranya adalah pencemaran bau, pencemaran udara dan juga pencemaran pembuangan sampah sarap yang amat menjijikan.


            Kemerosotan alam sekitar secara global telah mempengaruhi kehidupan berjuta- juta penghuni di bumi ini. Semua perubahan utama dalam keadaan fizikal bumi seprti hakisan tanah, hutan yang semakin berkurangan, gurun yang semakin meluas, hujan asid, penipisan lapisan ozon serta pencemaran udara dan laut mendatangkan kesan negatif ke atas kehidupan orang ramai. Maka isu alam sekitar haruslah diberi prioriti tertinggi sebab ia adalah satu soal kehidupan terus menerus manusia.

No comments:

Post a Comment