Wednesday 24 September 2014

cheese cake here i coming babehhh!!

hehehehe memandangkan aku seorang pengemar makanan tapi xsuka benda manissss tau.. ihatedat T.T .. sini saya ingin kongsikan kek keju tangkap leleh beb katakoo. xsuka kek coklat.. hanya KEK KEJU OKEYHHH
 malas nak merepek banyak2 sebab takot xde org baca..(argh sadisss!!) 
nak nages aq tengok gambar kek ni..uwaaa t.t (dye punye leleh tu memang urmphh)
Bahan2 :
200gram cream cheese tak kisah guna TATURA CHEESE/PHILADHEPIA CHEESE
300ml susu segar@susu cair
100gram mentega @ marjerin
100gram tepung gandum
100gram gual halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon (x bubuh pun xper)

cara2nya :

1. masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
2.asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
4. akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
5. masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
6. bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
7. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
8. biarkan kek didalam loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... .
9. simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.

Resepi cream 
250gram cream cheese
120gram susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream (Anchor)
*mix semua bahan diatas hingga sebati, adunan ini mmg cair

untuk hiasan :
1 buku (250gram) cheddar cheese, diparut

cara penyediaan :
1. kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, tuangkan cream cheese diatas kepingan pertama, lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
2.paruttkan cheddar cheese diatas kek.

ps; ni saya amek dari blog org lain jugak tau hehe

No comments:

Post a Comment