haaaa adakah anda mencari-cari contoh refleksi??? mohla melawat ke blog kiterr.. hihhiii ;) di sini saya kongsikan sedikit info melalui esemen yg sy udah buat yerr tawan2 semua
Tp refleksi yang saya buat tu tidak berkaitan sama sekali dengan gambar di atas kikiki HERE WEE GOOO --> Apa itu refleksi? Dalam
bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu
cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan
sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara
praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active,
persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge
in the light of the grounds that support it and the further conclusions to
which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh
"transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt,
conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent,
settled, harmonious" (pp. 100–101).
Penerangan secara teliti dan padat dari Puan Azizah sedikit
sebanyak telah banyak membantu saya.Terdapat tugasan yang perlu dilakukan secara
individu dan juga berkumpulan. Saya telah diberikan tugas yang
merangkumi tiga bahagian. Tugasan pertama merupakan secara berkumpulan kemudian
diikuti dengan tugasan secara individu dan tugasan terakhir adalah kuiz. Untuk
tugasan pertama, saya telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan saya
mempunyai tiga orang ahli dan
terdiri daripada rakan sekelas saya sendiri iaitu Nik Husniah Binti Nik Husin
dan juga Nor Azimah Binti Akharuddin. Dalam tugasan berkumpulan, kami
dikhendaki untuk membuat slide master menggunakan Power Point daripada hasil
pembentangan kami yang bertajuk Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer. Kami
telah membahagikan tugasan secara adil dan bagi mempercepatkan lagi proses
penyiapannya.
Oleh itu,
saya bertungkus lumus mencari sumber ilmiah berkaitan tajuk yang diberi. Selain
itu, banyak blog dan laman web yang telah saya kaji dan analisis bagi
mendapatkan maklumat yang tepat dan padat bagi memenuhi kriteria yang
diperlukan.Di sini saya bersyukur kerana telah banyak
mempelajari dan memahami secara mendalam tajuk saya iaitu Aplikasi Penggunaan
Perisian Komputer berdasarkan maklumat yang telah saya kaji dan analisis.
Setelah Slide Master ini siap, kami dikehendaki untuk mempersembahkan di
hadapan kelas. Di sini, saya telah melihat berbagai-bagai jenis bentuk dan
lakaran grafik yang kreatif hasil sentuhan daripada rakan-rakan yang lain. Saya
juga dapat menimba ilmu dari rakan-rakan menggunakan kepakaran kreatif mereka.
Kerjasama dalam membentangkan Slide Master ini juga dititikberatkan bagi
menghasilkan persembahan yang menarik dan menyeronokkan.Setelah menyiapkan tugasan pertama iaitu Slide
Master, setiap orang dikehendaki menghasilkan blog bagi tugasan individu. Blog
ini hendaklah dibuat berdasarkan gaya kreativiti masing-masing tetapi hendaklah
diselitkan bahan-bahan ilmiah yang berlandaskan dunia pendidikan. Secara
jujurnya saya rasakan tugasan ini juga amat sukar kerana saya langsung tiada pengalaman
dalam menghasilkan blog serta
menghiasnya dan lebih-lebih lagi ini
merupakan kerja individu. Saya juga jarang membaca blog-blog orang lain sebelum
ini dan hanya merujuk blog apabila ingin mencari maklumat dan bila perlu
sahaja. Saya tidak pernah melihat bagaimana seseorang itu menghias blog tetapi
ada juga kemusykilan apabila membuka blog seseorang dan ianya kadang-kadang
mengeluarkan lagu ataupun grafik-grafik yang bergerak. Secara jujurnya ini
merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan blog dan menghias blog secantik
mungkin.Sebelum itu, saya telah diberi pendedahan dan
diajar bagaimana cara untuk membuat dan mencari templat-templat yang cantik
untuk dijadikan latar belakang blog saya daripada Puan Azizah. Beliau juga
banyak memberi ilmu dalam menghias blog dan meletakkan widget-widget yang
cantik di blog. Hal ini sedikit sebanyak membantu saya untuk memulakan tugasan
saya. Namun seperti biasa pasti ada masalah yang timbul. Oleh itu, saya telah
meminta belas ihsan kawan sekelas saya iaitu Samiha untuk membantu dan memberi
bimbingan sepenuhnya.
Banyak
ilmu yang dapat saya cedok daripada kawan saya memandangkan dia merupakan
penulis blog sejak di tingkatan dua sehingga sekarang. Samiha bukan sahaja
mengajar asas untuk membuat blog bahkan mengajar bagaimana untuk mengedit
sendiri latar belakang dan tajuk blog yang tidak pernah saya fikirkan.
Kemahiran yang telah diturunkan kepada saya dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya telah
memilih tema warna hijau dan pink sebagai latar belakang blog saya. Dan link
blog saya ialah suelicious95.blogspot.com. Secara jujurnya saya tidak tahu
untuk meletakkan nama apa dan nama ini sebenarnya dicedok dari kebanyakan blog
yang saya jumpa dan saya juga tidak mengetahui apa maksud suelicious tersebut.
Bagi
tajuk blog saya pula, saya telah menamakannya suelicious95 dengan ukiran yang
begitu kreatif dan menarik hasil sentuhan kawan saya. Saya memakan masa yang
agak lama dalam menyiapkan tajuk dan latar belakang blog terbabit kerana
kekangan masa untuk menyiapkan kerja kursus subjek lain juga. Setelah blog ini
dihasilkan, saya mula mencari sumber-sumber ilmiah di internet untuk dipamerkan
di blog saya. Puan Azizah ingin melihat sekurang-kurangnya lima post di blog
yang berdasarkan ilmiah.Meskipun pengalaman pertama kali membuat blog
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi namun berkat sokongan, tunjuk ajar dan
bantuan daripada pensyarah dan juga kawan-kawan dapat juga saya menghasilkan
blog yang menarik seperti kebanyakan blog kawan saya.
No comments:
Post a Comment